suria

Black505: Tiada Lagi Demo Buat Masa Ini - Anwar

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat tidak merancang untuk mengadakan lebih banyak perhimpunan Black505 bagi membantah keputusan pilihan raya umum yang lalu pada masa ini.

"Buat masa ini tidak, tetapi saya tidak boleh bercakap bagi pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Bagi Pakatan Rakyat, kita perlu bergerak ke hadapan," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kepimpinan Pakatan Rakyat di sini pada Ahad.

Bagaimanapun beliau berkata bantahan pembangkang masih akan diteruskan melalui petisyen pilihan raya.

Menurut Anwar, pihaknya akan terus bekerjasama dengan negara-negara asing bagi mendedahkan kejadian penipuan dalam pilihan raya baru-baru ini.

Artikel Lain