suria

Jerebu: Pembenihan Awan Akan Dilakukan Di Kawasan Terjejas Teruk

PETALING JAYA: Operasi pembenihan awan akan dilakukan di kawasan yang terjejas teruk oleh keadaan jerebu di negara ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel.

“Operasi itu akan diuruskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) di bawah Jabatan Perdana Menteri,” katanya kepada Star Online.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika dihubungi mengesahkan bahawa beliau akan mengadakan sidang media pada pukul 3 petang Ahad untuk mengumumkan butiran program itu.

Artikel Lain