suria

Jerebu: 211 Sekolah Di Muar, Ledang Diarahkan Tutup Pada Isnin

MUAR: Kesemua 211 sekolah di Muar dan Ledang diarahkan tutup pada Isnin berikutan jerebu.

Pegawai Jabatan Pendidikan Daerah, Ahmad Othman berkata, sejumlah 76,940 pelajar terlibat ekoran keadaan jerebu.

“Terdapat 171 sekolah rendah dan 40 sekolah menengah di kedua-dua daerah.

“Sekolah-sekolah berkenaan telah diberitahu supaya ditutup sejak Khamis lepas, dan jabatan akan meneruskan untuk penutupannya sehingga keadaan bertambah baik,” katanya kepada para pemberita ketika ditemui di sini, Ahad.

Artikel Lain