Black505: Peserta Roboh Khemah, Kekal Berhimpun - Semasa | mStar

Black505: Peserta Roboh Khemah, Kekal Berhimpun

KUALA LUMPUR: Perserta perhimpunan Black505 yang berkhemah di Padang Merbok pada Sabtu mula mengemas barangan dan peralatan khemah masing-masing.

Bagaimanapun tinjauan mendapati kumpulan berkenaan masih tidak beredar dari kawasan tersebut walaupun kelihatan lebih ramai anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hadir untuk "memaksa" mereka untuk meninggalkan lokasi.

Terdahulu, DBKL mengeluarkan notis dua jam kepada kumpulan itu supaya segera mengosongkan tapak.

Pegawai penguat kuasa yang ditemui pemberita di lokasi berkata, notis itu dikeluarkan pada 10.15 pagi mengarahkan mereka untuk membuang khemah kerana mereka tidak mempunyai kebenaran daripada Datuk Bandar untuk berbuat demikian.

"Kami memberikan mereka sehingga 12.15 tengah hari dan jika mereka gagal berbuat demikian, tindakan akan diambil," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Rakyat Pahang terima Sultan baharu