suria

Dua Maut Dalam Kemalangan Kereta Dan Lori di Setiu

SETIU: Dua lelaki maut apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan lori di Km 86 Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja di sini malam Jumaat.

Kemalangan pada 8.40 malam itu menyebabkan Mohd Zuhairi Mohd Kedri, 30, dari Felda Chalok Barat Setiu dan Muhammad Hazizul Haris, 19, dari Kampung Gong Tiong Kampung Raja, mati di tempat kejadian.

Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan itu cedera ringan, kata Ketua Polis Daerah Setiu DSP Ab Rahman Raja Mohamed.

Beliau berkata berdasarkan laporan awal, lori yang dalam perjalanan ke Besut itu dikatakan memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Perodua Kancil yang dinaiki dua lelaki itu.

"Kedua-dua mangsa tersepit dalam kereta yang remuk itu," katanya kepada Bernama di sini. -BERNAMA

Artikel Lain