suria

Penebat Kilat Runtuh: Kerajaan P.Pinang Bantu Keluarga Lim Dapatkan Sijil Kematian

GEORGE TOWN: Keluarga Lim Chin Aik sedang melakukan persiapan majlis pengebumiannya di rumah mereka di Lim jetty, Weld Quay walaupum mereka belum mendapat sijil kematian mangsa sehingga kini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri akan membantu keluarga Chin Aik mendapatkan sijil kematian berkenaan.

"Keluarga mangsa tidak boleh menunggu sehingga tujuh tahun untuk sijil kematian dikeluarkan," katanya sambil menambah bahawa ia akan mengambil masa yang lama untuk mengesahkan kematian mangsa sebelum mahkamah boleh mengeluarkannya.

Ayah Chin Aik, Lim Tian Chor, 73, berkata sehingga kini tiada bukti ditemui, maka inilah apa yang dapat dilakukan pada majlis persiapan pengebumian Chin Aik.

"Kami bercadang agar isteri Chin Aik, Lee Chai Song meletakkan penyodok tanah pada bahagian kereta yang ditemui ke dalam bekas abu mayat," katanya ketika ditemui pada Jumaat.

Terdahulu pada sidang media di pejabat Guan eng, sepupu Chin Aik, Roy Tan berkata keluarga mendiang hanya memperoleh sepucuk surat daripada polis menyatakan mayat Chin Aik tidak boleh ditemui.

Beliau berkata selepas mesyuarat dengan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara dan Ketua Polis Daerah George Town, Asisten Komisioner, Gan Kong Meng, pihak keluarga dimaklumkan bahawa mereka perlu melalui proses perundangan.

"Saya tidak tahu berapa lama masa yang akan diambil. Kami sedia untuk pergi ke mahkamah namun kami perlu mendapatkan sijil kematian kerana kami mahu menempatkan bekas abu mayat Chin Aik di kuil pada Ahad," katanya sambil menambah bahawa agar sukar untuk pihak keluarga menjalankan upacara pengebumian tanpa sijil berkenaan.

Guan Eng berkata Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo akan melihat kepada aspek perundangan dan akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada minggu hadapan.

Pada 17 Jun, Dr Ahmad Zahid dilaporkan berkata satu inkues polis telah siap dan Jabatan Pendaftaran Negara akan mengeluarkan sijil kematian Chin Aik.

Mayat penjual nasi, Cihn Aik, 44, dipercayai tertimbus sekurang-kurang 40 meter di bawah tanah di Jalan Macalister selepas penebat kilat daripada bangunan Menara Umno setinggi 21 tingkat runtuh ekoran ribut yang melanda pada 13 Jun lalu.

Artikel Lain