suria

Ganesan Dilantik Pengerusi MIC Perak, Karuppanan Untuk P.Pinang

KUALA LUMPUR: MIC pada Jumaat mengumumkan pelantikan Datuk R. Ganesan sebagai pengerusi MIC Perak dan M. Karuppanan sebagai pengerusi MIC Pulau Pinang, berkuatkuasa serta-merta.

Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel berkata beliau berharap Ganesan dan Karuppanan, kedua-duanya peguam, dapat menerajui dan memperkukuhkan parti di dua negeri itu.

"Mereka perlu mengadakan mesyuarat bulanan secara tetap untuk terus mendekati peringkat akar umbi dan melawat bahagian-bahagian parti," katanya.

Ganesan ialah bekas timbalan pengerusi MIC Perak manakala Karuppanan adalah pengerusi bahagian Bukit Bendera. - BERNAMA

Artikel Lain