suria

Selangor Tubuh Suruhanjaya Siasat Dakwaan Penipuan Pilihan Raya

SHAH ALAM: Selangor akan menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk menyiasat dakwaan kesalahan dan penipuan pilihan raya di negeri itu pada pilihan raya umum lalu.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata suruhanjaya itu akan diketuai oleh Timbalan Speaker Negeri Nik Nazmi Nik Ahmad.

Penubuhan suruhanjaya itu diperuntukkan di bawah Seksyen 2(3)(d) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950, katanya, Khamis.

"Kerajaan negeri berpendapat penipuan pilihan raya melibatkan kepentingan awam dan perkara itu jatuh di bawah Akta tersebut.

"Kami percaya bahawa penipuan pilihan raya adalah satu kesalahan yang serius yang merosakkan sistem demokrasi dan adalah penting bagi kerajaan negeri untuk menyiasat dakwaan itu bermula dari peringkat akar umbi," kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, ahli-ahli panel akan diumumkan tidak lama lagi begitu juga syarat-syarat dan garis panduan suruhanjaya itu.

Artikel Lain