Rozai Dilantik Speaker DUN Kedah - Semasa | mStar

Rozai Dilantik Speaker DUN Kedah

PENDANG: Ketua Umno Bahagian Pendang, Datuk Md Rozai Safian akan dilantik Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayu, Datuk Azmi Che Husain sebagai Timbalan Speaker.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pada satu majlis Bertemu dan Beramah Mesra dengan Masyarakat Pondok di Bukit Kobah pada Khamis.

Mukhriz berkata pemilihan Md Rozai dan Azmi diputus dan dipersetujui barisan exco kerajaan negeri menerusi mesyuarat baru-baru ini.

Beliau berkata pemilihan itu berdasarkan pengalaman mereka yang mengetahui peraturan, undang-undang serta selok-belok Dun Kedah dalam memastikan perjalanan sidang Dewan berjalan lancar.

"Saya kira gandingan kedua-dua ini adalah gandingan yang mantap dalam memastikan perjalanan mesyuarat berjalan lancar dan mengikut peraturan Dewan yang telah di tetapkan," katanya kepada pemberita di Maahad Al-Fathoni, Bukit Kobah.

Mukhriz berkata mereka akan mengangkat sumpah pada 23 Jun ini, yang juga merupakan hari perasmian sidang Dun pertama selepas pilihan raya umum ke-13.

Mengulas masyarakat pondok, guru besar dan dua guru kanan sekolah itu yang berdaftar dengan Yayasan Pondok 1Malaysia (YP1M), beliau berkata mereka akan mendapat elaun daripada kerajaan negeri sebanyak RM1,000 dan RM500 setiap bulan.

Beliau berkata elaun itu diberi kepada guru berkenaan mulai bulan depan sebagai suntikan semangat untuk terus mengajar, menjaga dan memajukan institusi pondok.

Mukhriz berkata selain elaun, setiap pondok akan menerima bantuan tahunan untuk pentadbiran sebanyak RM10,000 bagi membolehkan pengurusannya berjalan dengan lancar.

"Ini merupakan perkara awal yang kita mahu tunaikan dalam aku janji Barisan Nasional (BN) Kedah, dan kita akan tunaikan janji itu secara berperingkat. Saya rasa ini janji awal yang patut kita tunaikan dahulu," katanya.

Setakat ini, lapan pondok di Kedah berdaftar dengan YP1M iaitu Pondok Kampung Semadun dan Kampung Baru di Kulim, Kampung Sentosa di Padang Serai, Pusat Bimbingan Al-Quran di Bedong, Pondok Sungai Jagung dan Maahad Al-Fathoni di Pendang serta Maahad Tahfiz Bukit Choras di Kota Sarang Semut.

Beliau berkata kerajaan negeri turut menyumbang RM20,000 kepada YP1M bertujuan mewakafkan kitab kepada institusi pondok di bawahnya serta memantapkan institusi berkenaan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain