suria

Pintu Masih Terbuka Buat PSM Sertai Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan mempertimbangkan semula permohonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menganggotai parti pembangkang itu yang telah ditolak oleh Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution pada Khamis.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Saifuddin bertindak demikian kerana melihat PSM yang tidak dapat menerima dasar bersama Pakatan Rakyat.

"Apa yang dikatakan oleh Saifuddin hanyalah keputusan individu. Keputusan bersama berhubung permohanan itu belum dibuat.

"Pakatan Rakyat memberi masa kepada PSM untuk meneliti dasar bersama yang dipersetuju PKR, PAS dan DAP, " katanya pada sidang media selepas mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di sini, Khamis.

Anwar berkata, keputusan permohonan itu akan diputuskan pada mesyuarat bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan datang.

"Dalam mesyuarat tadi kita putuskan untuk beri ruang kepada PSM kerana keputusan belum dibuat. Saifuddin pun ada sekali dan dia pun bersetuju.

"Kita akan bermesyuarat dengan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat semula mengenai pemohonan tersebut," katanya.

Pada Khamis, Saifuddin menegaskan pintu sudah tertutup buat PSM untuk menyertai Pakatan Rakyat.

"Keputusan kita jelas...kita tak terima, kita tak terima. Soal paling penting adalah soal keputusan permohonan, jadi kita dah putuskan sebelum ini untuk ditolak," tegas Saifuddin.

Artikel Lain