suria

MCA Gantung Keahlian Tee

Tee Siew Kiong
Tee Siew Kiong
Tee Siew Kiong

KUALA LUMPUR: Keahlian Datuk Tee Siew Kiong dalam MCA telah digantung selama tiga tahun.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata Majlis Presiden telah menerima syor jawatankuasa disiplin parti bahawa Tee perlu digantung kerana menerima jawatan kerajaan.

"Selepas perbincangan, majoriti Majlis Presiden bersetuju dengan syor jawatankuasa disiplin," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden, Khamis.

Dr Chua berkata Tee mempunyai 14 hari untuk merayu kepada jawatankuasa pusat selepas menerima surat penggantungan.

Artikel Lain