Mahkamah Tanggung 17 Julai Dengar Laporan Mental Amah 'Lambung' Bayi - Semasa | mStar

Mahkamah Tanggung 17 Julai Dengar Laporan Mental Amah 'Lambung' Bayi

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini menangguhkan sehingga 17 Julai depan untuk mendengar keputusan laporan pemeriksaan mental seorang pembantu rumah warga Indonesia yang didakwa mendera bayi majikannya, Februari lepas.

Hakim, Datuk Seri Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam T. Vijayandran, yang mewakili Yuliana, 23, agar kes itu disebut semula pada tarikh lain bagi membolehkan beliau membincangkan laporan itu dengan Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.

Vijayandran mempersoal kesahihan laporan itu yang disediakan Pegawai Perunding Forensik Psikiatrik Hospital Permai, Johor, Dr Badia'h Yahya, bukannya pengarahnya.

"Seksyen 343 Kanun Tatacara Jenayah menyatakan bahawa apa-apa laporan itu mesti dibuat oleh Pengarah hospital. Saya menghubungi pihak hospital dan dimaklumkan pengarahnya adalah Dr Abdul Kadir Abu Bakar," katanya.

Terdahulu, Mariana membacakan laporan Dr Badia'h di mahkamah yang menyatakan ketika kejadian tertuduh tidak menunjukkan apa-apa tanda penyakit mental yang serius.

"Pada pendapat saya semasa kejadian itu, dia berfikiran waras dan mampu memahami bahawa tindakan beliau adalah menyalahi undang-undang.

"Dia patut dibicarakan dan layak membuat pembelaan di mahkamah bagi mempertahankan dirinya," katanya.

Yuliana dari Acheh, Indonesia dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera bayi berusia empat bulan, 15 Februari lepas.

Pada 12 Mac lalu, Mariana memerintahkan wanita terbabit ditahan sementara di Hospital Permai selama tiga bulan bagi menentukan tahap kewarasan tertuduh setelah wanita terbabit memohon menggantung pelaksanaan hukuman yang dihadapinya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

MCA Gantung Keahlian Tee

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain