suria

Jerebu: Kualiti Udara Di Muar Pada Tahap Berbahaya, Beberapa Tadika Swasta Ditutup

JOHOR BAHRU: Kualiti udara di Muar kini berada pada tahap berbahaya dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) Jabatan Alam Sekitar (JAS) mencecah 337.

Sekolah-sekolah di kawasan itu bagaimanapun kekal dibuka dan tidak ada pengumuman rasmi daripada Jabatan Pendidikan Negeri dibuat mengenai perkara itu.

Walau bagaimanapun, beberapa tadika swasta di Muar telah menghantar pulang kanak-kanak ke rumah masing-masing.

Sesetengah ibu bapa telah menggunakan Facebook untuk mengadu tentang ketiadaan keputusan rasmi selepas kualiti udara bertukar kepada tahap berbahaya.

Bacaan kedua tertinggi bagi negeri ini ialah di Kota Tinggi, yang telah mencatatkan IPU 211 pada Khamis.

Kawasan-kawasan lain dengan bacaan tidak sihat adalah Pasir Gudang (190) dan Larkin Lama (171).

Menurut JAS, bacaan IPU antara 51-100 dianggap sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan bacaan di atas 301 dianggap berbahaya.

Artikel Lain