suria

Gajah Mati: Logam Berat Ditemui

KOTA KINABALU: Jenis logam berat seperti arsenik, kadmium, besi dan kromium ditemui di dalam 14 bangkai gajah yang terbunuh di hutan di pedalaman Sabah pada Disember lepas.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata pihak berkuasa masih berusaha mengesan dalang di sebalik pembunuhan gajah itu.

Beliau berkata analisis kimia oleh pakar dari Australia menunjukkan terdapatnya tahap kandungan logam berat seperti arsenik, kadmium, besi dan kromium ditemui dalam gajah-gajah berkenaan.

"Logam sebegini biasanya ditemui di sekitar kawasan perlombongan, peleburan atau pusat operasi pelupusan sisa.

"Bagaimanapun, ia tidak masuk akal kerana tiada aktiviti-aktiviti berkenaan di kawasan itu," kata Masidi ketika menggulung perbahasan ucapan dasar kerajaan pada Khamis.

Beliau berkata spesimen gajah mati telah dihantar kepada institusi-institusi penyelidikan, termasuk di Thailand dan Australia untuk mendapatkan maklum balas yang lebih mengenai bagaimana haiwan yang terbunuh.

Artikel Lain