suria

Kementerian Kesihatan Akan Buka Bilik Operasi Jika IPU Melebihi 200

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan membuka bilik operasi di kawasan di mana bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, kata Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata, kementerian sentiasa memantau keadaan jerebu dan bacaan IPU semasa di kawasan terjejas dan masih belum memerlukan pembukaan bilik operasi.

“Kesemua pegawai kesihatan telah dimaklumatkan supaya bersedia sekiranya keadaan bertambah buruk.

“Ini termasuk mengendalikan peningkatan orang ramai yang ingin mendapatkan rawatan perubatan berikutan jerebu seperti jangkitan saluran atas pernafasan, asma dan konjuktivitis,” katanya kepada para pemberita di sini, Rabu.

Artikel Lain