Adun Berapit Diserang Selepas Tegur Wanita Lakukan Pembakaran Terbuka - Semasa | mStar

Adun Berapit Diserang Selepas Tegur Wanita Lakukan Pembakaran Terbuka

Ong menunjukkan jam tangannya yang rosak dalam kejadian beliau diserang oleh seorang wanita selepas beliau menasihatinya supaya tidak melakukan pembakaran terbuka di kawasan kejiranan di Taman Intan, Sungai Petani. Foto ihsan CHINA PRESS
Ong menunjukkan jam tangannya yang rosak dalam kejadian beliau diserang oleh seorang wanita selepas beliau menasihatinya supaya tidak melakukan pembakaran terbuka di kawasan kejiranan di Taman Intan, Sungai Petani. Foto ihsan CHINA PRESS

BUKIT MERTAJAM: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Berapit, Lydia Ong Kok Fooi mengalami beberapa kecederaan kecil apabila seorang wanita didakwa menyerangnya, selepas Ong menasihatinya supaya tidak melakukan pembakaran terbuka di kawasan kejiranan.

Ong, 48, berkata, beliau mengalami lembam pada bahunya dan kedua-dua tangan selepas seorang wanita menyerangnya dengan batang buluh.

Ong berkata, beliau ketika itu sedang memandu pulang ke rumahnya di Taman Intan di sini pada kira-kira pukul 7 petang pada Selasa apabila beliau mendapati wanita berkenaan membakar sampah di padang terbuka di taman permainan awam berhampiran.

“Apabila saya mula memberitahu wanita itu untuk tidak membakar secara terbuka, wanita itu berkata dia tidak peduli malah sekiranya dia melakukannya di hadapan rumah saya.

“Dan saya mula mengambil beberapa gambar menggunakan telefon mudah alih saya, dia kemudiannya memukul lengan kanan saya dan kemudian lengan kiri,” katanya pada sidang media di rumahnya di sini, Rabu.

Ong berkata, seorang jiran yang menyaksikan kejadian itu memberitahu bahawa dia pada awalnya mengesan wanita berkenaan mula membakar pada pukul 5 petang.

Katanya, beliau telah membuat laporan polis pada malam yang sama di Balai Polis Sungai Petani.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin mengesahkan laporan itu dan pihak polis akan menyiasat perkara tersebut.

Artikel Berikut

Aspan Alias Bidas DAP

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain