Kerajaan Kedah, P.Pinang Harus Berunding Isu Caj Air Mentah - Mukhriz - Semasa | mStar

Kerajaan Kedah, P.Pinang Harus Berunding Isu Caj Air Mentah - Mukhriz

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Kedah bercadang mengadakan rundingan dengan Pulau Pinang berhubung cadangan untuk mengenakan caj bagi air mentah, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Ketika ditemui selepas majlis pelancaran buku pada Isnin, Mukhriz berkata kerajaan negeri sebelum ini telah cuba membincangkan isu ini, tetapi beliau percaya ia hanya di peringkat exco dan bukan di antara Ketua Menteri dan Menteri Besar.

Beliau menambah adalah adil bagi kedua-dua kerajaan negeri untuk mencapai persetujuan mengenai perkara itu.

"Kita akan berunding dengan mereka dan lihat jika kita boleh mencari penyelesaian kepada masalah ini," katanya.

Pada Ahad, dilaporkan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyatakan cadangan negeri Kedah untuk mengenakan caj kepada Pulau Pinang untuk air mentah adalah "tidak masuk akal" dan sama dengan "meminta wang tanpa sebab" kerana Pulau Pinang mengambil air dari bahagiannya di Sungai Muda dan Kedah tidak mengeluarkan sebarang kos.

Sebagai tindak balas, Mukhriz berkata bekalan air telah disediakan di sebelah Pulau Pinang, tetapi kawasan tadahan air atau sumbernya berpangkalan di Kedah.

"Saya masih ingat ada kemarau sekali, dan Pulau Pinang telah menulis kepada Kedah meminta kita untuk melepaskan air dari empangan kami ke Sungai Muda untuk meningkatkan bekalan air yang semakin berkurangan.

"Surat itu sendiri merupakan pengakuan bahawa bekalan air itu sememangnya berpangkalan di Kedah," katanya.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain