suria

Penebat Kilat Runtuh: Polis Adakan Inkues Untuk Sahkan Kematian Lim

GEORGE TOWN: Satu inkues akan diadakan untuk mengesahkan kematian penjual nasi Lim Chin Aik, 44, yang dipercayai hilang dalam tragedi ribut kencang di sini, Khamis lalu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Lim dipercayai tertimbus dalam lubang jalan sedalam lima meter yang terhasil akibat dihempap runtuhan penebat kilat sebuah bangunan di Jalan Macalister di sini.

Pasukan inkues itu yang dipengerusikan oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi akan memulakan inkues tersebut pada Selasa dan akan selesai pada Khamis.

Zahid berkata, keputusan inkues itu akan dihantar kepadanya sebelum beliau mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengeluarkan sijil kematian Lim.

Artikel Lain