suria

Penebat Kilat Runtuh: Operasi Cari Mangsa Tertimbus Dihentikan

Isteri mangsa Lee Chai Song (dua kiri) bersama ahli keluarga memerhatikan bahagian kereta milik mangsa tertimbus yang dikeluarkan dari tapak kejadian akibat kejadian ribut di Jalan Macalister, Khamis lepas. - Foto BERNAMA

GEORGE TOWN: Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dipercayai tertimbus dalam lubang jalan sedalam lima meter yang terhasil akibat dihempap runtuhan penebat kilat sebuah bangunan di sini pada Khamis lalu dihentikan kira-kira pukul 8 pagi Isnin.

Ahli keluarga bersetuju menamatkan operasi selepas dimaklumkan mengenai kesukaran dan halangan yang dihadapi pasukan penyelamat.

Mereka juga dimaklumkan bahawa struktur bangunan berdekatan kawasan kejadian berada dalam risiko sekiranya kerja-kerja menggali diteruskan.

Pada awal Isnin, kira-kira pukul 7.30 pagi tempat duduk penumpang belakang dan satu tayar dijumpai di kawasan itu, selepas 40 jam operasi mencari dilakukan.

Kereta tersebut dikenal pasti kepunyaan Lim Chin Aik, 44, yang dilaporkan hilang.

Pada Ahad, pasukan penyelamat menjumpai tiga lagi tayar termasuk satu tayar ganti ketika kerja menggali dilakukan untuk mengesan mangsa yang dipercayai tertimbus di tempat kejadian.

Artikel Lain