suria

Kakitangan TNB Maut Nahas Jalan Raya

KUANTAN: Seorang petugas Tenaga Nasional Berhad maut selepas Perodua MyVi yang dipandunya bertembung dengan sebuah Volvo di km37 Jalan Kuantan-Kemaman pada Ahad.

Mangsa, Wan Mohd Mahyudin Wan Junus, 34, berasal dari Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam nahas 6.15 petang itu mangsa dari arah Kemaman menuju ke Kuantan.

Pemandu Volvo berkenaan, 30an, hanya cedera ringan.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Lain