suria

Perhimpunan: 14 Individu Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

KUALA LUMPUR: Kesemua 14 individu yang ditahan pada Sabtu kerana ingkar arahan bersurai semasa berhimpun di hadapan pusat beli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, dibebaskan dengan jaminan polis pada sebelah malam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) berkata 13 lelaki dan seorang wanita dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 10 malam.

"Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun turut dibawa ke IPD dalam insiden itu kerana ibunya dipercayai terlibat dalam perhimpunan itu dan polis tidak menahan kanak-kanak itu," katanya kepada Bernama. - BERNAMA

Artikel Lain