suria

Penebat Runtuh: Kerajaan P.Pinang Akan Jalankan Siasatan

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menjalankan siasatan mengenai punca di sebalik runtuhan penebat kilat Menara Umno di Macalister Road.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata siasatan dibuat bagi mengenal pasti sebab-sebab serta mewujudkan liabiliti undang-undang selepas segala-galanya kembali normal.

"Buat masa sekarang kita memberi tumpuan kepada tugas untuk membersihkan kawasan itu dan membawa keluar kereta. Ia tidak mudah kerana kereta itu tertimbus di bawah konkrit berat.

"Kita berharap dapat membuka jalan esok," katanya pada sidang akhbar di sini, Ahad.

Artikel Lain