suria

Lelaki Maut, Kenderaan Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lorong sebelah kanan di Km 450 Lebuhraya Utara Selatan dari Sungai Buloh menuju ke utara, dekat sini awal Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang berkata kemalangan pada 1.45 pagi itu menyebabkan Lim Ket Wee, 41, mati di tempat kejadian.

Mayat Lim dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Beliau berkata ekoran kemalangan itu dua kereta dari arah yang sama turut terbabas apabila cuba mengelak kenderaan mangsa yang melintang di tengah-tengah jalan itu.

Junaidi berkata di kilometer yang sama dari arah bertentangan, sebuah kereta turut mengalami kemalangan akibat memperlahankan kenderaannya apabila dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta lain yang turut merempuh sebuah lori.

Junaidi bekata kesemua mangsa yang berada dalam lima kenderaan berkenaan hanya cedera ringan. - BERNAMA

Artikel Lain