suria

Kren Alih Rasuk Konkrit Bertetulang Tergantung Di Menara Umno

GEORGE TOWN: Sebuah kren gergasi telah digunakan untuk mengalihkan rasuk konkrit bertetulang 20 kaki tergantung di bangunan Umno di Jalan Macalister di sini, selepas kerja-kerja memasang kren selesai kira-kira pukul 10.35 malam Jumaat.

Rasuk jatuh di atas ibu pejabat Umno negeri 21 tingkat semasa ribut petir, Khamis.

Terdahulu, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, kren gergasi akan digunakan untuk menurunkan rasuk konkrit 20 kaki dan kerja-kerja hanya boleh dimulakan pada pagi Sabtu.

Beliau berkata kren hanya akan tiba di tempat kejadian pada pukul 7 malam Jumaat dan pada masa ia dipasang hari sudah lewat.

"Ia mengambil masa sekurang-kurangnya tiga jam untuk memasang seluruh kren," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di Jalan Macalister.

Bagaimanapun, pihak berkuasa berkata, kerja-kerja untuk menurunkan rasuk akan dijalankan sepanjang malam.

Artikel Lain