suria

Struktur Runtuh Penebat Kilat Bukan Menara Telekomunikasi - SKMM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan struktur yang runtuh dalam kejadian ribut di Jalan Macalister, Pulau Pinang petang Khamis, adalah penebat kilat bukan menara telekomunikasi.

Ketua Pejabat Wilayah Utara SKMM Ahmad Nor Hisham Mohd Yusop berkata tinjauan pihaknya mendapati struktur itu direka menyamai menara telekomunikasi secara kosmetik bagi memberi penampilan bersesuaian dengan bangunan.

Dalam kejadian itu struktur pemegangnya juga runtuh dan menghempap jalan, katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Dalam kejadian 6.45 petang itu, seorang pembantu pemandu lori pikap, Jahir Hussain Sulaiman, 46, maut selepas dihempap struktur tersebut yang jatuh daripada atas bangunan Umno.

Media pada Jumaat melaporkan kejadian ribut dan angin kencang itu melanda 21 kawasan di Pulau Pinang. - BERNAMA

Artikel Lain