suria

Rakyat Malaysia Berkunjung Ke Jepun Bakal Dikecualikan Visa

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia yang mahu berkunjung ke Jepun untuk jangka pendek akan dikecualikan daripada menggunakan visa, pada masa akan datang.

Kedutaan Jepun di Malaysia pada Jumaat berkata, proses itu pada masa ini sedang dalam persiapan dan akan dilaksanakan kelak.

“Jepn telah pun meluluskan pengecualian visa, tetapi untuk Malaysia, proses pengecualian itu dalam persiapan dan akan dilaksanakan pada masa akan datang,” kata seorang diplomat Jepun ketika dihubungi pada Jumaat.

Kedutaan itu di Malaysia akan membuat pengumuman rasmi berhubung perkara itu tidak lama lagi.

Menurut media Jepun, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Shizo Abe pada Selasa lalu meluluskan pengecualian visa untuk pelancong jangka pendek dari Malaysia dan Thailand.

Negara itu turut menetapkan visa pelbagai kemasukan untuk para pelawat dari Filipinan dan Vietnam bagi merancakkan lagi industri pelancongan negara itu.

Pengunjung dari Malaysia dan Thailand ke Jepun pada masa ini diberikan visa pelbagai kemasukan bagi membolehkan mereka memasuki Jepun seberapa banyak kali dalam tempoh sah itu.

Sejumlah 8.37 warga asing berkunjung ke Jepun, dengan Thailand dan Malaysia mencatatkan seramai 390,000 orang pada 2012.

Artikel Lain