suria

Mayat Lelaki Reput Ditemui

KUALA LUMPUR: Mayat lelaki yang mula mereput ditemui tergantung dalam sebuah bilik air di tingkat tiga sebuah premis perniagaan kosong di Kampung Baru, Sungai Buloh dekat sini Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang berkata, mayat lelaki tanpa identiti berusia dalam lingkungan 30-an itu ditemui seorang kontraktor kira-kira 11 pagi setelah menghidu bau busuk dari arah premis berkenaan.

"Apabila masuk ke premis itu, kontraktor itu mendapati ada mayat tergantung menggunakan tali kain selebar seinci dalam bilik air. Berdasarkan siasatan forensik, tiada unsur jenayah," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama pada Jumaat.

Menurutnya, lelaki itu dipercayai mati empat atau lima hari lepas berdasarkan keadaan mayatnya.

"Setakat ini, kes ini dikategorikan sebagai kematian mengejut," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain