suria

Kurang Penguatkuasaan Punca Kes Kematian Dalam Tahanan Meningkat - Suhakam

Hasmy Agam.
Hasmy Agam.
Hasmy Agam.

PETALING JAYA: Kurangnya penguatkuasaan dan pelaksanaan yang betul dalam Perintah Lokap 1953 merupakan punca peningkatan kes kematian dalam tahanan yang berlaku baru-baru ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Tan Sri Hasmy Agam.

Beliau turut menyokong gesaan untuk mewujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

“Walaupun sudah ada peruntukan undang-undang dalam Perintah Lokap yang menyediakan keperluan untuk pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan oleh pengamal perubatan ke atas tahanan, peraturan itu tidak dilaksanakan dengan ketat oleh pihak berkuasa yang relevan.

“Suhakam melihat keperluan untuk pihak berkuasa bagi membuat penilaian risiko semasa peringkat pendaftaran dan kehadiran untuk mengenal pasti risiko tinggi yang berpotensi dan kelakuan cubaan membunuh diri di kalangan tahanan,” kata Hasmy.

Hasmy mengesa pihak berkuasa untuk mengkaji semula prosedur bagi menangani tahanan dengan teliti untuk mengesan isu kematian dalam tahanan.

“Pihak berkuasa mendapatkan kepakaran dari agensi-agensi dan badan-badan beas dari peringkat tempatan dan antarabangsa berhubung amalan terbaik untuk mengelakkan kematiah dalam tahanan,” katanya.

Bercakap kepada The Online, Hasmy mengulas mengenai kejadian kematian dalam tahanan baru-baru ini, yang berlaku sejak dua minggu lalu di negara ini, di mana kematian P.Karuna Nithi, R.Ramesh Jamesh, N.Dhamendran dan seorang rakyat Jepun, Nobuhiro Matsushita yang menjadi tajuk utama berita.

Artikel Lain