suria

Kadar Perbelanjaan Berpatutan Insentif Hebat Pelancong Asing, Tempatan - Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kadar perbelanjaan satu malam yang berpatutan di Kuala Lumpur merupakan insentif hebat bagi pelancong asing dan tempatan.

"TripAdvisor telah menamakan Kuala Lumpur sebagai antara bandar raya yang paling murah kadar perbelanjaan untuk satu malam. Kadar yang berpatutan ini merupakan insentif hebat bagi pelancong asing dan tempatan, " katanya dalam tweet terbaharu beliau pada Jumaat.

Portal pelancongan terbesar dunia TripAdvisor semasa membuat indeks perbandingan kos dalam kalangan 48 bandar raya pelancongan utama di seluruh dunia menamakan Kuala Lumpur antara bandar raya paling murah yang menawarkan perbelanjaan satu malam berpatutan bagi pelancong.

Katanya perbelanjaan bagi satu malam di ibu kota menelan kos US$194.43 (RM607.30).

Berdasarkan indeks itu, Hanoi di Vietnam menawarkan kadar perbelajaan yang paling berpatutan bagi pelancong dnegan jumlah kos TripIndex sebanyak US$141.12 (RM440.79).

London dinamakan bandar raya paling mahal dengan kos TripIndex sebanyak US$518.01 (RM1,618). - BERNAMA

Artikel Lain