SPAD Akan Kaji Permintaan Naik Tambang Bas 30 Peratus - Semasa | mStar

SPAD Akan Kaji Permintaan Naik Tambang Bas 30 Peratus

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengkaji sama ada membenarkan pengusaha syarikat bas menaikkan tambang sebanyak 30 peratus.

Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata keputusan mengenainya akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri.

"Kita akan kaji. Banyak mana? Itu kita akan timbang," kata Syed Hamid kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Bas, Trak dan Komponen Antarabangsa Malaysia 2013 di Seri Kembangan, dekat sini Khamis.

Beliau diminta mengulas persetujuan Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) supaya kerajaan menaikkan tambang bas bagi mengelakkan syarikat terbabit mengalami kerugian sehingga terpaksa menamatkan operasi.

Namun, Syed Hamid berkata pengusaha syarikat bas perlu seiring dengan SPAD dalam mencapai objektif untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada orang awam.

"Mereka memberi pandangan dan kita juga memberikan pandangan bagi mencari jalan terbaik untuk orang ramai," katanya.

Syed Hamid juga berkata kerajaan memahami kehendak mereka yang ingin menaikkan tambang bas, namun mereka tidak seharusnya membuat sesuatu tanpa memikirkan kesan jangka panjang.

Katanya kerajaan selama ini membenarkan pengusaha syarikat bas mengenakan caj tambahan sebanyak 10 peratus apabila tiba musim perayaan bagi membantu syarikat berkenaan.

"Masa nak balik, bas mereka penuh. Tapi lepas perayaan, bas mereka kosong. Mereka perlu juga menanggung kos bawa pulang bas kosong. Dan ketika ini kita benarkan mereka kenakan surcaj 10 peratus itu," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain