suria

PM: Pelabur, Pengurus Dana Berpeluang Dapat Visa Kemasukan Pelbagai Hingga 5 Tahun

Najib berucap pada persidangan Invest Malaysia 2013.
Najib berucap pada persidangan Invest Malaysia 2013.
Najib berucap pada persidangan Invest Malaysia 2013.

KUALA LUMPUR: Pelabur dan pengurus dana berkelayakan akan berpeluang mendapat visa kemasukan pelbagai sehingga tempoh lima tahun dalam usaha menarik minat lebih ramai pelabur untuk memacu ekonomi negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah itu akan memudahkan pelabur dan pengurus dana untuk berkunjung ke Malaysia di mana mereka akan menikmati kemudahan kemasukan ke negara ini sama seperti pelabur jangka panjang dan ekspatriat profesional.

"Pada masa lalu usaha untuk menarik modal insan cemerlang ekspatriat dilakukan secara ad hoc - sebenarnya, semasa sesi soal jawab Invest Malaysia tahun lepas, seorang pelabur jangka panjang meminta taraf penduduk tetap dan saya mempersetujuinya pada waktu itu," kata Najib ketika berucap pada persidangan Invest Malaysia 2013 di sebuah hotel terkemuka di sini pada Khamis.

Najib berkata Malaysia perlu menguruskan bakat, menarik dan mengekalkan pekerja mahir bagi memastikan pertumbuhan ekonomi berterusan dan mampan di Malaysia.

Artikel Lain