Pengusaha Bas Ekspres Desak Tambang Naik, Enggan Jual Tiket Raya Lebih Awal - Semasa | mStar

Pengusaha Bas Ekspres Desak Tambang Naik, Enggan Jual Tiket Raya Lebih Awal

PETALING JAYA: Syarikat pengusaha bas ekspres mahu menaikkan tambang mereka sebanyak 30% dan memilih untuk tidak menjual tiket lebih awal pada Julai dan Ogos sehingga mereka mendapat pengesahan kerajaan mengenai kenaikan tambang.

Langkah itu sekiranya dipersetujui akan menyaksikan tiket bas dari Kuala Lumpur ke Johor Baru berharga kira-kira RM40 berbanding kebiasaannya RM31.10 (Transnasional).

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Ashfar Ali berkata syarikat bas ekspres telah bertemu dengan pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada akhir bulan lalu berhubung kenaikan tambang bas.

Antara alasan yang dikemukakan ialah kos menyeluruh telah meningkat sebanyak 36% sejak kenaikan terakhir dan pelaksanaan gaji minimum pada tahun ini memberi kesukaran kepada syarikat bas ekspres untuk beroperasi.

Ashfar berkata, walaupun SPAD telah mendengar rungutan mereka, keputusan mengenai kenaikan tambang bas masih belum diputuskan.

Menurutnya, jika pengusaha bas menjual tiket untuk tempoh dua bulan lebih awal, ia akan memberi kerugian besar sekiranya kadar kenaikan tambang dipersetujui.

"Jika kami menjual tiket sekarang, kami akan kerugian 30% sebaik saja kerajaan bersetuju menaikkan tambang bas," katanya.

Ketika ditanya mengenai tahap keyakinan beliau sekiranya tambang bas dinaikkan, Ashfar berkata pegawai SPAD memahami kedudukan pengusaha bas ekspres dan bersikap realistik.

Syarikat bas ekspes, katanya, akan terus memberi tekanan sekiranya tambang bas tidak dinaikkan.

"Kami akan mengalami kerugian dan orang ramai tidak akan mempunyai insentif untuk menyediakan perkhidmatan tambahan," katanya.

Sebagai pendekatan sementara, Ashfar mencadangkan kepada SPAD untuk meningkatkan tambang bas sebanyak 30% pada musim perayaan.

Sebuah syarikat pengusaha bas ekspres yang mahu namanya dirahsiakan berkata, pendekatan syarikat tersebut untuk tidak menjual tiket dua bulan lebih awal bergantung kepada keputusan SPAD berhubung kenaikan tambang.

"Ia akan menjadi lebih mahal untuk mengendalikan bas pada Hari Raya - kami menghantar penumpang ke kampung halaman tetapi kami mungkin ketiadaan penumpang dalam perjalanan semula ke destinasi asal. Kesesakan lalu lintas turut meningkat.

"Segalanya naik. Bas kami dan juga alat ganti.

"Gaji minimum bermaksud kami harus membayar lebih untuk kerja lebih masa, tetapi tiada siapa melihat kadar tambang bas," katanya.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain