suria

Pemuliharaan Kawasan Hutan Persisiran Pantai Amat Penting - PM

Datuk Seri Najib Tun Razak.
Datuk Seri Najib Tun Razak.
Datuk Seri Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemuliharaan kawasan hutan persisiran pantai adalah penting untuk sosio ekonomi, alam sekitar dan keselamatan di negara ini.

"Sebanyak RM40.1 juta diperuntukkan untuk tujuan murni ini," katanya dalam tweet terbarunya pada Khamis.

Najib berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Prof Dr Abdul Rahman Abdul Rahim pada Rabu bahawa RM40.1 juta itu telah digunakan bagi menanam 6.3 juta pokok bakau dan spesies lain sejak tahun 2005 hingga 2012.

Sepanjang tempoh itu juga, seluas 2,383 hektar kawasan persisiran pantai Malaysia telah dipulihara selaras hasrat kerajaan yang mahu usaha itu dilakukan secara intensif bagi melindungi kawasan terbabit daripada terus diancam pelbagai kemungkinan, khususnya perubahan cuaca global. - BERNAMA

Artikel Lain