suria

Ketua Pembangkang Sabah Akan Diketahui Isnin Depan

KOTA KINABALU: Persoalan mengenai siapa yang akan menjadi ketua pembangkang Sabah masih berterusan meskipun 60 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Salleh Tun Said pada Khamis.

Seramai 12 anggota pembangkang masih tidak membuat persetujuan mengenai siapakah yang akan mengetuai mereka walaupun terdapat pilihan antara Datuk Lajim Ukin (PKR-Klias) dan Datuk Wilfred Bumburing (PKR-Tamparuli).

Lajim yang ditemui selepas majlis itu berkata, PKR negeri telah mencadangkan beliau yang seharusnya untuk mengambil jawatan itu.

Menurut Lajim, beliau akan menerima tanggungjawab itu sekiranya diberikan peluang, sambil menambah Adun pembangkang akan mengadakan mesyuarat lagi dan menyerahkan satu nama pada Isnin.

Adun DAP-Sri Tanjung, Chan Foong Yin berkata, parti beliau memilih Wilfred untuk menjadi sebagai ketua tetapi menghormati pendirian PKR.

Lajim dan Bumburing, walaupun bukan sebagai anggota PKR tetapi memenangi kerusi mereka atas tiket parti itu.

Mereka merupakan antara tujuh Adun PKR manakala DAP mempunyai lima dan satu daripada Parti Reformasi Negeri (STAR).

Artikel Lain