suria

Kematian Tahanan: Status Penyiasat Suruhanjaya Integriti Akan Dibincang Dalam Mesyuarat Pasukan Petugas

PUTRAJAYA: Status anggota Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (Suruhanjaya Integriti) yang didakwa merupakan salah seorang daripada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat dalam kes Teoh Beng Hock, akan dibincangkan dalam mesyuarat pasukan petugas itu yang akan datang.

Anggota itu merupakan salah seorang daripada pegawai daripada lapan anggota pasukan petugas khas bagi menyiasat Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam dua kes kematian semasa dalam tahanan polis.

Jabatan komunikasi korporat dan perundangan Suruhanjaya Integriti berkata, ia tidak akan memberi komen berhubung status penyiasatnya, Mohd Nadzri Ibrahim sehingga selepas kesimpulan dibuat dalam mesyuarat itu.

“Tiada kenyataan akan dikeluarkan kepada media atau akhbar berhubung isu ini sehingga mesyuarat suruhanjaya dan pasukan petugas yang akan datang diadakan,” kata jabatan itu.

Suruhanjaya Integriti mengulas mengenai persoalan berhubung dakwaan terbaru yang dibuat oleh dua Ahli Parlimen-DAP mengenai pelantikan Mohd Nadzri sebagai salah seorang anggota pasukan petugas.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari mempersoalkan tentang pelantikan Mohd Nadzri mengenai kebimbangan bahawa beliau kemungkinan salah seorang pegawai SPRM yang terbabit dalam kematihan Setiausaha Politik, Teoh Beng Hock pada 2099.

Artikel Lain