suria

Hospital Selayang Cari Waris Dua Mayat Tanpa Pengenalan Diri

KUALA LUMPUR: Hospital Selayang pada Khamis meminta mereka yang kehilangan anggota keluarga supaya menghubungi hospital itu bagi mengenal pasti dua mayat yang tidak dituntut di Jabatan Forensiknya di sini.

Pengarah hospital Dr Siti Zaleha Mohd Salleh berkata mayat lelaki dan wanita itu tidak mempunyai sebarang dokumen dan pengenalan diri.

Lelaki yang berusia antara 70 dan 80 tahun itu meninggal dunia pada 19 Mei lalu manakala wanita berkenaan yang berusia dalam lingkungan 40 tahun meninggal pada 1 Jun lepas akibat kemalangan, katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga agar menghubungi Unit Perhubungan Awam Hospital Selayang di talian 03-61263191 atau Ketua Jururawat/Penyelia Hospital di talian 03-61263333. - BERNAMA

Artikel Lain