suria

Exco Pahang Bimbang Projek Kilang Simen Jejaskan Sistem Gua Terbesar Di Asia Tenggara

Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin (kiri) dan Adun Padang Tengku, Datuk Mustapha Long menunjukkan keadaan gunung batu kapur di Merpoh.
Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin (kiri) dan Adun Padang Tengku, Datuk Mustapha Long menunjukkan keadaan gunung batu kapur di Merpoh.
Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin (kiri) dan Adun Padang Tengku, Datuk Mustapha Long menunjukkan keadaan gunung batu kapur di Merpoh.

KUALA LIPIS: Exco Pelancongan Negeri Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin bimbang, Gua Merapoh dekat sini yang dikatakan sebagai gua yang terbesar di Asia Tenggara dan mungkin juga salah satu yang terbesar di dunia diancam pencemaran dan kepupusan jika projek kilang simen diteruskan di sini.

Katanya, alam semulajadi di sekitar kawasan cadangan projek kilang simen berkenaan juga disahkan sebagai habitat ikan kelah dan sebarau - dua spesies yang dilindungi di Semenanjung Malaysia.

Menurutnya lagi, kebimbangan tentang rancangan untuk membina kilang simen di situ telah disuarakan bukan sahaja oleh pencinta alam sekitar dan semulajadi tetapi juga oleh masyarakat tempatan.

Gua Merapoh katanya dianggarkan berusia lebih 300 juta tahun.

Menurut ahli Dewan Undangan Negeri Lanchang itu, para saintis dan pengkaji dari Australia dan Croatia telah melakukan kajian terhadap sistem gua di Merapoh.

Setakat ini katanya, 85 buah gua telah diterokai dan menurut kajian masih terdapat 415 buah gua lagi yang masih belum diterokai sepenuhnya.

Gua di Merapoh unik kerana kawasan itu terbina oleh batu kapur yang luas.

Oleh kerana kawasan itu kaya dengan mineral batu kapurlah maka ia menjadi daya tarikan untuk pembinaan kilang simen.

Bekalan batu kapur yang terdapat di situ meliputi kawasan seluas 243 hektar dan juga dianggarkan mampu menghasilkan keluaran simen selama 100 tahun.

Sharkar memaklumkan yang beliau akan membawa isu tersebut ke mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri secepat yang mungkin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain