DAP Pertimbang Tindakan Terhadap MP Bakri - Semasa | mStar

DAP Pertimbang Tindakan Terhadap MP Bakri

Er Teck Hwa
Er Teck Hwa

KUALA LUMPUR: DAP akan membincangkan mengenai sama ada parti itu akan mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa yang mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kerana menghadiri majlis taklimat Parlimen walaupun ia diboikot pembangkang.

Er mencetuskan kontroversi apabila beliau merupakan satu-satunya daripada 89 Ahli Parlimen pembangkang yang menghadiri taklimat sidang Parlimen.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata, parti itu megeluarkan surat tunjuk sebab kepada Er menuntut penjelasan berhubung tindakannya yang bertentangan dengan pendirian DAP.

Bagaimanapun Loke menegaskan bahawa DAP tidak akan memulaukan majlis angkat sumpah Ahli Parlimen pada 24 Jun ini.

"Beliau (Er) telah menjawab dan memohon maaf secara terbuka melalui Facebook.

"Kami akan bincangkan sama ada permohonan maaf beliau itu mencukupi atau sama ada beliau perlu dihukum dan dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib. Tiada keputusan dibuat setakat ini," kata Loke.

Er menerusi akaun Facebook memohon maaf secara terbuka di atas tindakannya dan berkata beliau akan menerima sebarang tindakan yang akan dikenakan.

"Kehadiran saya hari ini telah jelas tidak boleh diterima oleh jawatankuasa pusat walaupun penjelasan telah diberikan.

"Apa-apa tindakan yang mungkin diambil terhadap saya yang dianggap munasabah, saya akan terima," katanya.

Terdahulu Er mengakui beliau terlepas daripada membaca e-mel yang dihantar mengenai arahan memboikot majlis berkenaan.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini