suria

Polis Pantau Kegiatan Al-Arqam

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau secara dekat kegiatan Al-Arqam bagi memastikan kumpulan yang diharamkan sejak 1994 itu tidak menjejaskan keselamatan negara, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

Beliau berkata PDRM juga bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada agensi yang bertanggungjawab dalam menangani kumpulan yang membawa ajaran sesat.

"Kegiatan Al-Arqam memang kami pantau secara dekat, semua aktiviti kumpulan ini dari sudut keselamatan negara, dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada agensi yang bertanggungjawab," katanya kepada Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas di sini pada Isnin.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar hari ini mengenai Al-Arqam yang dipercayai masih beroperasi termasuk mengadakan parlimen roh kumpulan itu dua kali sebulan sebagai usaha mengekalkan kesetiaan pengikut ajaran berkenaan.

Parlimen roh Al-Arqam itu dilapor diadakan di Jitra, Kedah dari 2 hingga 4 Jun lepas dan dihadiri balu Allahyarham Ashaari Muhammad, Hatijah Aam bagi menjelaskan penahanan pengikut Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB).

Artikel Lain