Pemandu Lori Maut Kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan di Nilai

NILAI: Seorang pemandu lori maut manakala kelindannya cedera ringan dalam kemalangan di Km 284, Lebuhraya Utara-Selatan di sini awal pagi Selasa.

Jurucakap polis berkata pemandu yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai Mohd Fadli Mohd Isa, 26, manakala kelindannya Mohd Nasrul Md Yahya, 19, hanya mengalami kecederaan ringan setelah dia tercampak keluar dari lori itu.

Katanya dalam kejadian pukul 4 pagi, lori yang penuh dengan muatan barangan alat ganti kenderaan sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Segamat, Johor apabila terbabas lalu melanggar papan tanda di tepi lebuh raya berkenaan.

Sebuah jentera bomba bersama enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai yang menerima panggilan pada 4.14 pagi bergegas ke tempat kejadian dan mengambil masa dua jam untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk bedah siasat. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain