suria

Nazri Berazam Pertahan Pengiktirafan Unesco Di Lembah Lenggong

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (tiga kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang utama, arkitek Muhammad Kamal Alwi (kanan) pada Majlis Anugerah Idea Reka Bentuk Pusat Pelawat Tapak Arkeologi Warisan Dunia Lembah Lenggong di Istana Negara lama di Kuala Lumpur, Isnin. Turut hadir Pesuruhjaya Warisan Jabatan Warisan Negara, Prof Emeritus Datuk Zurina Majid (kiri) dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Dr Ong Hong Peng. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berazam mempertahan pengiktirafan oleh UNESCO kepada tapak warisan dunia di Lenggong, Perak.

Beliau berkata sehubungan itu, Malaysia harus memenuhi semua syarat yang ditetapkan Unesco dengan melindungi nilai keunggulan sejagat.

Justeru, Jabatan Warisan Negara mengambil pendekatan menjalin kerjasama dengan Persatuan Arkitek Malaysia bagi menganjurkan pertandingan Idea Reka Bentuk Pusat Pelawat Tapak Arkeologi Warisan Dunia Lembah Lenggong, katanya.

Mohamed Nazri berkata demikian dalam ucapan beliau pada majlis Anugerah Idea Reka Bentuk pusat berkenaan di sini Isnin.

Pada majlis itu, Arkitek Muhamad Kamal Mohamed Alwi muncul pemenang dan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 serta sijil.

Muhamad Kamal berkata, beliau dan pasukannya mendapat inspirasi daripada keadaan geografik kawasan itu dan berharap idea yang dihasilkan akan direalisasi sebagai pusat pelawat di situ suatu hari nanti.

Unesco mengiktiraf Lembah Lenggong sebagai tapak warisan dunia pada 30 Jun tahun lepas. - BERNAMA

Artikel Lain