suria

PSM Janji Kekal Parti Mesra Pembangkang

Dr Nasir Hashim
Dr Nasir Hashim
Dr Nasir Hashim

PETALING JAYA: Parti Sosialis Malaysia (PSM) mahu Pakatan Rakyat menjelaskan sebab penolakan terhadap permohonan mereka untuk menyertai pakatan pembangkang itu, kata Presidennya, Dr Nasir Hashim.

Menafikan bahawa parti itu kecewa dengan keputusan Pakatan Rakyat, beliau berkata: "Ia bukan pengakhiran dunia. Kami akan kekal sebagai sebuah parti yang mesra pembangkang dan akan bekerjasama dengan mereka jika terdapat isu-isu yang sama seperti hak asasi manusia.

"Ia adalah lebih baik jika mereka dapat menjelaskan mengapa mereka menolak permohonan kami kerana tiada penjelasan diberikan bagi keputusan itu."

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Pakatan Rakyat menolak permohonan parti itu untuk menyertai mereka.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, PAS, PKR dan DAP telah mengadakan perbincangan mengenai permohonan PSM sebelum pilihan raya umum yang lalu.

"Menyertai Pakatan bukan kemestian atau agenda utama PSM. Kami berdiri atas kaki sendiri selama ini. Ia tidak menjadi masalah. Kami akan terus berkhidmat kepada rakyat dan bergerak ke peringkat seterusnya dalam perjuangan ini," kata Dr Nasir.

Artikel Lain