suria

PAS Johor Fail 4 Petisyen

JOHOR BARU: PAS Johor memfailkan empat petisyen bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang berlangsung 5 Mei lalu.

Petisyen itu difailkan bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Gambir, Mahkota dan Nusajaya serta Parlimen Pulai.

Petisyen itu difailkan peguam, Mohd Fikah Sanusi dan Mohd Zulkhairi Ab Aziz di mahkamah sivil di Menara Cyberport di sini pagi Isnin.

Mohd Fikah Sanusi berkata, ini merupakan satu-satunya petisyen yang difailkan oleh PAS negeri berdasarkan Akta Kesalahan Pilihan Raya.

"Kami berharap hakim akan memihak kepada kami supaya pilihan raya semula bagi kesemua kerusi berkenaan akan diadakan semula," katanya.

Artikel Lain