MIC Tidak Ancam Sesiapa Isu Speaker DUN Perak - Semasa | mStar

MIC Tidak Ancam Sesiapa Isu Speaker DUN Perak

Datuk Seri G. Palanivel
Datuk Seri G. Palanivel

KUALA LUMPUR: MIC tidak mengancam mana-mana pihak berhubung jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, namun hanya meminta apa yang 'dimiliki' oleh parti itu, kata Presidennya, Datuk Seri G. Palanivel.

"Kami dinafikan apa yang dijanjikan kepada MIC sebelum pilihan raya umum," katanya pada Isnin.

Palanivel berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga mencadangkan supaya jawatan Speaker diberikan kepada MIC.

Beliau mengulas kenyataan Penyokong Barisan Nasional Perak, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada Ahad yang mengkritik beliau kerana mengancam Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berhubung jawatan itu.

Mohd Khusairi berkata Palanivel bertindak diluar batasan sebagai presiden parti komponen Barisan Nasional (BN).

"Palanivel harus menghormati prinsip gabungan dan membincangkan perkara-perkara sebegini melalui saluran yang betul. Beliau (Palanivel) perlu lebih berhati-hati dengan kenyataannya untuk mengelakkan kehilangan kredibiliti beliau sebagai pemimpin," kata Mohd Khusairi.

Terdahulu, Palanivel berkata MIC akan menolak jawatan dalam kerajaan negeri Perak jika parti itu tidak diberi kedudukan Speaker negeri.

Artikel Sebelum

MCA Sokong Tubuh Mahkamah Koroner

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain