suria

Jangan Buat Kesimpulan Awal Isu Speaker Perak - MB

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menggesa semua pihak agar tidak membuat kesimpulan awal mengenai pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata jawatan Speaker hanya boleh diumumkan pada persidangan DUN selepas nama berkenaan dikemukakan kepada anggota Dewan.

"Ini bukan sesuatu yang saya boleh umumkan sendiri. Bagi pihak saya, saya telah pun memilih calon-calon untuk pegawai khas dan penasihat bagi masyarakat India dan ia sedang diproses oleh Setiausaha Kerajaan Negeri," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel dilaporkan berkata bahawa parti itu tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan negeri di Perak jika mereka tidak diberikan jawatan Speaker DUN.

Palanivel mendakwa bahawa beliau dimaklumkan jawatan berkenaan diperuntukkan kepada Umno.

Artikel Lain