suria

Dua Kem PLKN Di Sabah Dibuka Semula

KLUANG: Dua kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Sabah, yang ditutup ekoran serangan oleh pengganas Sulu kini dibuka semula.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Kem Bagai Budi di Sandakan dan Kem San Shui di Tawau, yang terletak di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dibenarkan untuk menyambung semula operasi selepas keadaan keselamatan kembali normal.

Beliau berkata, kem-kem berkenaan akan dibuka untuk pengambilan ketiga bagi sesi yang akan bermula pada 15 Ogos.

"Saya sendiri telah mengikuti perkembangan di sana dengan teliti dan dengan pembukaan kedua-dua kem ini, ia membuktikan bahawa keadaan keselamatan kita bukan sahaja telah pulih, malah terjamin," katanya pada hari Ahad.

Artikel Lain