suria

PM Umum RM30 Juta ukur Tanah Adat Sarawak

BETONG (Sarawak): Kerajaan Persekutuan akan memperuntukkan dana berjumlah RM30 juta untuk meneruskan usaha pengukuran perimeter tanah adat Bumiputera di Sarawak tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata sebelum ini kerajaan pusat telah memperuntukkan sejumlah RM60 juta untuk kerja pengukuran tanah itu sebagai proses untuk mengesahkan hak pemilikannya.

"Jumlah ini (yang telah diperuntukkan sebelum ini) perlu ditambah lagi untuk tahun depan dan tahun 2015 bagi membolehkan sejumlah 680,000 hektar tanah adat di negeri ini siap pengukurannya," katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Gawai Dayak di Rumah Panjang Wilson Begat Bakir, Penom, Ulu Paku, di sini.

Menurutnya, usaha pengukuran perimeter tanah adat ini adalah di antara aku janji pilihan raya umum ke-13 Barisan Nasional (BN) di Sarawak yang akan ditunaikan.

"Dalam pilihan raya umum ini, masyarakat pribumi dan di luar bandar Sarawak telah menjadi tunjang kepada kemenangan Barisan Nasional," katanya.

Artikel Lain