suria

PM Doakan Mandela Cepat Sembuh

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendoakan agar bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela, yang dimasukkan semula ke hospital, cepat sembuh.

"Baru mendapat khabar Nelson Mandela berada di hospital di Afrika Selatan. Saya yakin semua rakyat Malaysia bersama-sama saya mendoakan agar beliau cepat sembuh," kata Najib dalam mesej tweet terkini beliau.

Laporan media asing menyebut Mandela, 94, dimasukkan ke hospital hari ini untuk menjalani rawatan jangkitan paru-paru yang berulang kembali, namun dilaporkan dalam keadaan 'serius tetapi stabil'. - BERNAMA

Artikel Lain