suria

Ruang Sementara Akan Diwujud Di Parlimen Bagi NGO Bertemu MP - Shahidan

PETALING JAYA: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dialu-alukan untuk datang ke Parlimen, tetapi harus diingatkan bahawa terdapat sekatan beberapa kawasan disebabkan oleh kerja pengubahsuaian, jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Shahidan, sebelum ini dikritik kerana menghalang orang ramai daripada memasuki Parlimen, berkata bahawa kenyataannya terdahulu telah disalah tafsir dan beliau bimbang terhadap ruang itu.

“Tidak benar bahawa saya tidak membenarkan NGO daripada masuk. Jangan salah faham. NGO sudah tentu boleh datang bertemu wakil rakyat mereka. Kebimbangan saya adalah ruang.

“Parlimen sedang menjalani pengubahsuaian dan bangunan baru adalah sangat kecil. Pertimbangan harus diberikan kepada anggota-anggota Parlimen dan media, yang sering memenuhi kawasan yang kecil,” katanya kepada The Star Online.

Beliau menambah, pengubahsuaian itu akan selesai pada 2016, membolehkan sekumpulan besar untuk mengadakan sidang media di Parlimen.

Buat sementara itu, bilangan mereka yang boleh mengadakan sidang media adalah terhad.

Ahli parlimen Umno itu berkata, beliau tidak pernah mempertimbangkan untuk menafikan akses rakyat ke Parlimen.

“Mereka adalah rakyat Malaysia,” katanya.

Shahidan, yang juga merupakan Ahli Parlimen Arau berkata, beliau sedang bercadang untuk mewujudkan ruang sementara antara kawasan aras bawah Parlimen untuk NGO bertemu dengan wakil rakyat.

“Saya seorang lelaki NGO - Saya pernah menjadi presiden di enam NGO. Saya tidak gila atau bodoh, mengapa saya akan menafikan akses NGO ke Parlimen. Ia hanya ruang yang sempit seperti kawasan media Parlimen, keutamaan perlu diberikan kepada ahli Parlimen dan wartawan," kata beliau.

Artikel Lain