suria

'Rangkaian Ubah' DAP Dekati Rakyat Malaysia Di Luar Negara

PETALING JAYA: DAP sedang berusaha untuk berhubung dengan rakyat Malaysia di luar negara berhubung proses pengundian yang dikenali sebagai "Rangkaian Ubah".

Setiausaha agung parti Lim Guan Eng berkata langkah itu akan memperlihatkan DAP mendekati rakyat Malaysia di tempat-tempat seperti Singapura, Eropah, Amerika, Australia dan rantau Asia Pasifik.

"Ini adalah penting berikutan Suruhanjaya Pilihan Raya yang membolehkan mereka di luar negara mengundi semasa pilihan raya umum ke-13," katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata penglibatan pengundi di luar negara adalah tidak menggalakkan, sambil menambah terdapat "lebihan ruang" dalam mendapatkan sokongan daripada kumpulan ini.

Beliau menganggarkan terdapat lebih 500,000 rakyat Malaysia di luar negara yang merupakan pengundi yang layak.

"Rangkaian Ubah" katanya, akan diketuai oleh setiausaha antarabangsa dan Ahli Parlimen Batu Gajah V. Sivakumar.

Dalam perkembangan lain, majlis eksekutif pusat DAP telah melantik naib pengerusi Teresa Kok sebagai pegawai perhubungan politik Selangor, sama dengan jawatan yang dipegang oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution.

"Pelantikan Teresa dicadangkan untuk memastikan persamaan dan DAP merupakan rakan yang sama dalam kerajaan negeri," katanya, sambil menambah bahawa PAS juga perlu mempunyai pegawai perhubungan politik sendiri.

DAP juga melantik setiausaha publisiti Tony Pua, exco Teng Chang Khim dan pengerusi Biro Undang-Undang Gobind Singh Deo dalam 10 senarai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Selangor yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Keputusan ini yang dibuat dalam mesyuarat CEC DAP pada 5 Jun.

Artikel Lain